MASA ITU EMAS - TIME IS GOLD

TIME WILL GO AS YOU GO ALONG, IT WILL LEAVE YOU WHEN YOU LET THEM; SO MAKE SURE YOU WILL BELONG, AND NEVER LET MISS THE RIGHT TIME.

Monday, July 7, 2008

Sekian Lama Menanti,Kini Surau Kami Dibenarkan Buat Solat Jumaat

Kami ahli jemaah Taman Seri Keramat AU 2A,sungguh gembira setelah kian lama menanti dari bangunan papan ke bangunan batu.Sudah beberapa kali diubah suai dan diperbesarkan untuk menampung ahli khariah yang bertambah setiap masa.Dari anak ke cucu,entahkan sampai ke cicit.Masjid di sekitar sudah melimpah. Maka pada Jumaat ini berlakulah peristiwa yang besar di surau kami yang akan mengadakan solat Jumaat. Lebih 40 ahli khariah sudah tentu mencukupi.Jemaah lain adalah penduduk penmastautin yang tidak kekal.Ditambah lagi denganpekerja kilang-kilang yang berhampiran tidaklah mereka pergi jauh untuk berjumaat.Ahli khariah yang uzur boleh berjalan atau pergi tidak jauh dari rumah.

Masalah yang akan dihadap oleh penduduk di sini akan berlaku sesak untuk mencari tempat letak kereta.Pintu pagar kami akan tamu oleh kenderaan yang tidak diundang.Gerai-gerai jualan akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Kalau tidak dikawal ianya akan merajalela,sehingga terganggu waktu bersolat. Akhir sekali sampah sarap tentu berlaku jika tidak dijaga dan jika tidak diperingatkan kepada penjaja haram dan halal di sini.

Jumaat minggu pertama kali khariah kami adakan sungguh menggalakkan sambutannya.Penuh dalam dewan solat sehingga melimpah ke ruang beranda dan disambung ke atas jalan berbatu setelah dialaskan dengan tikar oleh kakitangan surau.

Walaupun namanya surau tapi boleh dinaikkan ke taraf masjid.Itulah cita-cita AJK al-Islah mahu dinaikkan ke taraf masjid.Baharulah kami bertambah yakin dengan kegiatan iktikad dan solat sunat tahayatul-masjidil.

Tidak disangka kutipan derma sumbangan para jemaah mencapai RM 1800.00 ke atas. Jemaah dari kalangan pekerja kilang berdekatan terdiri dari tenaga muda,selepas usai makan tengah hari mereka tidak perlu pergi jauh,hanya ke surau Al-Islah menunaikan solat Jumaat.msm