MASA ITU EMAS - TIME IS GOLD

TIME WILL GO AS YOU GO ALONG, IT WILL LEAVE YOU WHEN YOU LET THEM; SO MAKE SURE YOU WILL BELONG, AND NEVER LET MISS THE RIGHT TIME.

Tuesday, January 13, 2009

Bangunan-Roboh-Vendalisme

Taman cahaya api tak hangus,
Dipadam sudah hari pun tak gelap;
Bangunan kaca di jalan bunus,
Tersergam indah menghias lanskap.

Pagar tanaman cabut berduri,
Duduk menebas selepas subuh;
Dilanggar kenderaan cabut lari,
Pondok bas menanti roboh.



Komunisme sudah tak dibela,
Materialistik kian mengejar manusia;
Vendalisme kian meraja lela,
Plastik iklan dijadikan mangsa.



Tumpang sekaki kerusi melintang,
Terperusuk diri terhimpit seorang;
Kompang dipalu pengantin pun datang,
Duduk dipelamin ibubapa pun riang.



Bertemu bersalam adat dahulu,
Rakan saudara menanti di meja;
Tetamu dijamu selera Melayu,

Makan semeja bertambah mesra.


Minta bersih taman mini,
Jangan dibuang kotor sisaan;
Cinta kasih sudah bersemi,
Badan berat tak jadi halangan.

Daun saderi menjadi pilihan,
Mengubat seliseh tulang belikat;
Isteri seperti purnama rupawan,
Sebab kasih sudah terpikat.

Termeterai janji mencari duit,
Rakan senegeri melihat takwim;
Isteri comel suami heavy-weight,
Bukan menjadi halangan berkahwin.