MASA ITU EMAS - TIME IS GOLD

TIME WILL GO AS YOU GO ALONG, IT WILL LEAVE YOU WHEN YOU LET THEM; SO MAKE SURE YOU WILL BELONG, AND NEVER LET MISS THE RIGHT TIME.

Friday, August 15, 2008

Haji Omarddin bin Haji Ashaari

Sejak kecil lagi cita-citanya tinggi
Menuntut ilmu tidaklah jemu
Tidak tercicir hingga sekolah tinggi
Patut dicontohi anak didik berilmu.
Translation:
Ambitious student since childhood
Seeking knowledge could never fail
Ain't gave up to further manhood
Lets follow his footsteps my fellow males.
Haji Omarddin bin Haji Ashaari
Beliau anak kelahiran dari Kampung Bandar,Mukim Hilir Perak,Teluk (Anson) Intan,Perak.Dibesarkan dan menperolehi pendidikan awal di sekolah menengah Anglo-Chinese School,Teluk (Anson) Intan,sehingga tamat Senior Cambridge dalam tahun 50-an,memperolehi biasiswa kerajaan mengambil kursus perguruan di Brinsford Lodge,England memperolehi sijil Pendidikan selama 3 tahun.Sekembalinya ke tanahair,beliau telah mengajar di beberapa sekolah menengah di Trengganu,Perak dan Kuala Lumpur.Sambil itu berlajar secara persendirian menambah ilmu menyambung pelajaran di Universiti Malaya memperolehi ijazah sarjana muda Pendidkan.Sambung terus mengajar di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur.Bergiat secara persendirian menulis buku-buku mengenai pendidikan,motivasi,panduan pelajaran untuk guru dan pelajar,dan umum.Sebelum tamat bersara dengan kerajaan beliau menjawat jawatan Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan.Kini masih lagi bergiat menulis buku-buku pengurusan dan motivasi dalam pembinaan insan.Sambil bertugas dengan kerajaan telah memperolehi ijazah M.A. dari Universiti Kebangsaan Malaysia.Kini menjadi Karyawan Tamu (Residential Writer) di Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia,Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM
Bangi,Selangor DE,Malaysia.