MASA ITU EMAS - TIME IS GOLD

TIME WILL GO AS YOU GO ALONG, IT WILL LEAVE YOU WHEN YOU LET THEM; SO MAKE SURE YOU WILL BELONG, AND NEVER LET MISS THE RIGHT TIME.

Thursday, February 12, 2009

Raja Udang dan Gagak di Bandar

Lihat api pandai gonceng iri dan lelucon,
Tidak berani menolong untuk bersedia;
Kedai gunting di sini wujud puluhan tahun,
Kini sudah menjadi abu di jalan masjid India.

Pujaan berdendang mari menari,
Garis berkapur di atas tanah;
Raja udang bertenggek menanti rezeki,
Di belakang dapur restoran Jumnah.


Gagak bersarang atas bangunan,
Teguh dianyam penyangkut besi;
Gagak menyerang ke dapur restoran,
Sungguh berani kerana mencari rezeki.



Padang berpesta burung bersama,
Manusia jahat menghadang jalanan;
Simpang bahaya jalan utama,
Kerana hajat menjimat perjalanan.




Besi berkarat jangan diganding,
Jadi pemanggang hidangan beraya;
Badan berat jatuh terguling,
Pinggangnya cedera tidak berdaya.





Sunday, February 8, 2009

Kembalinya Puan Saliah

Kanda murung diri beramah,
Terkenang dinda walau sezarah;
Keranda diusung dari rumah,
Dibawa masuk ke van jenazah.

Remuknya hati tidak terperi,
Terkenang dinda waktu seorangan;
Jenguk terakhir sebelum pergi,
Menjelang dibawa ke tanah perkuburan.



Sedih diliput pergi musafir,
Perjalanan abadi menuju sasaran;
Jenazah ditutup kali terakhir,
Sebelum semadi di tanah perkuburan.


Berkumpul saudara rasa terharu,
Tinggal sebentar tidak keruan;
Yang tinggal suasana penuh pilu,
Saudara menghantar bertambah rawan.


Kenderaan terakhir naiknya sudah,
Pemandu Pak Majid menanti sentiasa;
Dibawa pergi van jenazah Al-hidayah,
Dari masjid kampung Johan Setia.