Pantun:
Namanya terkenal panggilan Pak Long,
Seluruh taman tahu rumahnya;
Mungkin beliau saudara yang sulong,
Pegawai Keamanan akhir tugasnya.
Pantun:
Terkenal nama Ustaz Shariff,
Bersara sebagai guru agama;
Suara dalam marhaban beliau ariff,
Jasanya dicurah ke sekolah agama.
Pantun:
Seorang bekas pegawai kementerian,
Banyak berjasa di surau Al-Islah;
Mengutip dana untuk pembinaan,
Semoga surau nampak terserlah.
Pantun:
Dato' Zaki bekas tentera,
Kini memegang jawatan Yang Dipertua;
Di surau Al-Islah tempat berjasa,
Meningkatkan surau terkenal sentiasa.
Pantun:
Pak Abu Hassan orangnya rajin,
Tepat masanya setiap solat;
Berjalan kaki walau ribut dan angin,
Sentiasa cepat dan tidak lewat.
Pantun Penutup:
Mesyuarat sentiasa agenda yang dekat,
Rakyat berjiran bersama berduduk;
Masyarakat berjaya hidup muafakat,
Berkat usaha Badan Kebajikan Penduduk.
Translation:
Frequency of meeting closed agenda,
Friends and neigbours sitting together;
Community succeed live happy forever,
In the patron of Committee members.
@msm040109tsk,ukl
