
Merana aku bagaikan api semarak,
Tangan diberi berlari mencari;
Kembara aku mencari jalan puncak,
Dengan hati hiba di jalan sepi.
Translation:
My desperation like a fire,
Tangan diberi berlari mencari;
Kembara aku mencari jalan puncak,
Dengan hati hiba di jalan sepi.
Translation:
My desperation like a fire,
Hands folded run seeking;
Like a vagabond heading for desire,
Like a vagabond heading for desire,
In the helpless heart of longing.
Dia hidup sebatang kara.Aku temui dia di jalan Masjid India.Bukan ada rumah tempat.Tidurnya di atas pangsa puri yang penuh sesak.Bukannya di dalam bilik tetapi di laluan pintu bilik penghuni di tepi tangga.Bila waktu malam setelah penat berkerja tidurlah dia di tepi laluan.Dia tidak berani tidur di luar.Takut dicekup oleh penguat kuasa kawalan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kadangkala membuat operasi tengah malam di kawasan jalan Masjid India.
Kerjanya di waktu malam menjaga kereta dan motosikal, parking di ruang yang ditunjukkan ada kosong.Dapatlah dia RM 5 ke RM 10 semalaman bekerja.Inilah yang menjadikan dia menyambung hidup dengan sarapan pagi dan makan tengah hari.Aku selalu temui dia,kadangkala minum semeja dengan aku.Dia makan penuh selera,telur setengah masak dan roti canai serta minum teh tarik.Bila bertembung aku,kadangkala akan kubayar minumannya.
Dia tidak mahu balik ke kampung.Katanya,orang tiada semua habis lari ke bandar berhijrah termasuklah dia.Dia seorang yang pendiam.Sepatah ditanya lalu sepatah dijawabnya.Pertuturannya tidak teratur,bahasa yang dikeluarkan tidak berapa jelas tetapi aku dapat faham maksudnya.Pakaiannya tidak pernah berganti,itulah yang dipakainya setiap hari.Tapi bersih.Aku rasa ada dua atau tiga helai sahaja pakaiannya.Walaupun begitu dia kelihatan bersih tidaklah selekeh seperti pengemis.Dia tidak mengemis,mungkin dia takut kena perosok ke dalam van Jab.Keb.Masyarakat.
Apakah nasib seorang warga negara Malaysia yang baik dan punyai hak di tanahair sendiri,hidupnya tidak terbela dan tidak dipedulikan oleh masyarakat dan kerajaan.Walhal pendatang asing diberi peluang bekerja.Penuh warga asing yang terdapat di gedung Mydin,Perbai,Little India,Kedai Emas dan lain-lain gedung di Jalan Masjid India.Gedung-gedung kain dimonopoli oleh kaum Kemboja dan Pakistan.
Siapakah yang kita harapkan memulihkan mereka.Terlalu ramai mereka yang tanpa tempat tinggal berada di depan pintu masjid.Mereka menadah tangan dan menunggu sedekah dari penyumbang yang berjasa membekalkan nasi bungkus,pisang dan buah-buahan di hadapan pintu pagar masjid terutama pada hari Jumaat.
