MASA ITU EMAS - TIME IS GOLD

TIME WILL GO AS YOU GO ALONG, IT WILL LEAVE YOU WHEN YOU LET THEM; SO MAKE SURE YOU WILL BELONG, AND NEVER LET MISS THE RIGHT TIME.

Saturday, October 25, 2008

Baju Kemeja

Baju kemeja lalu direndam,
Celana basah hujan menitik;
Remaja ini malu dirakam,
Kerana rasa dirinya cantik.

Translation:
He's soaking the shirt,
His trousers is already wet;
He's shy in the shot,
Thinking he's nice to look at.

Thursday, October 23, 2008

Pelek Tetapi Benar (Belief it or not)


Gelek menggelek di tepi pagar,
Ayam berkokok seperti batuk;
Pelek tetapi nampak benar,
Pokok tumbuh menembusi tembok.
Translation:
Swaying near the wall,
Like a roaster making its cough;
It's real but not false,
The tree penetrates thru the wall.

Wednesday, October 22, 2008

EPITAPH: Shamsiah Fakeh

EPITAPH: Shamsiah Fakeh

Al-Fatihah.

Dalam suasana
yang ria dan sayu
Ramadan disambut Syawal
20 syawal 1429H
kembalinya sri kandi negara

Dia menderita
membilang, bilah-bilah hari yang tinggal
setelah 84 tahun hidup
meng-AWAS,hampa
rakyatnya dalam menggerakkan wanita
menentang penjajah

Setelah
merentas desa,
hutan belantara
angkat senjata
diburu pihak British, bedebah !

Menjadi pelarian
di tanah air sendiri
melangkau ke sempadan,Thailand,
menuju
ke tanah besar, China
kembali ke tanah airnya
ingin beristirehat
dari lelah-lelah


Setelah gagal meng-AWAS,
memimpin PUTERA-AMCJA
bergabung dengan semarak-API
menentang Inggeris, laknat !
bersama Ahmad Boestaman

Perginya di-AWAS-i oleh anak-anak dan cucu-cucu
dalam keuzuran sakit tuanya
dengan 84 bilah keris pusaka ‘sang saka’
untuk diwasiatkan kepada
anak peribumi

Tanah air tercinta
Malaya
‘Merdeka’.

Aminnn.



Mokhtarsahmalik
211008 TSK,UKlang.

Catatan: AWAS (Angkatan Wanita Sedar)
PUTERA- (Pusat Tenaga Rakyat)
AMCJA (All Malayan Council of Joint Action)
API (Angkatan Pemuda Insaf)