Dahulu dewan ini kami duduk atas kerusi untuk mendengar ceramah dari wakil rakyat.Kini kami duduk atas lantai mendengar ceramah dari penceramah jemputan.Setiap dua minggu sekali ada aktivti taskirah di dewan ini. Dahulu un tidak banyak aktiviti berjalan di sini. Bila ada PRU baharulah dewan ini digunakan. Semenjak gelombang biru tsunami dihapuskan oleh gelombang hijau maka perubahan berlaku sedikit demi sedikit. Wakil rakyat selalu turun ke padang.Nampaklah muka di dewan orang ramai dalam majlis keraian perkahwinan penduduk di sekitar AU ini.
Selain dari majlis perkahwinan ,di majlis kematian dan upacara kaum Muslimin yang lain.
Wakil Rakyat akan bertemu rakyat bersalaman dan bertanya khabar. 


No comments:
Post a Comment