MASA ITU EMAS - TIME IS GOLD

TIME WILL GO AS YOU GO ALONG, IT WILL LEAVE YOU WHEN YOU LET THEM; SO MAKE SURE YOU WILL BELONG, AND NEVER LET MISS THE RIGHT TIME.

Tuesday, October 7, 2008

Mantan,Pengarah Pelajaran Selangor meninggal pada 3 Syawal 1429H

Al-Fatihah.
Hari ke 3 Syawal,aku diberitahu bahawa Tuan Haji Muhamad Said bin Haji Mohd.Radzi telah kembali ke rahmatullah pada malamnya.Akibat penderitaan penyakit kencing manis dan darah tinggi,sistem ketahanan badannya tidak dapat melawan bahana penyakit yang dideritainya sejak bersara dari perkhidmatan awam.Beliau ialah mantan Pengarah Pendidikan Selangor.Pernah berugas sebagai guru,pengetua,pegawai pendidikan di beberapa negeri di Malaysia.Anak kelahiran Bagan Datoh,Perak.Selepas bersara telah menetap di Taman Sekamat,Kajang.Aktif dengan kegiatan NGO di Selangor.Pernah menjawat sebagai Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia.

Turut serta menziarahi jenazahnya ialah Mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia,Dato'Haji Omar Mohd Hashim,mantan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekuan KL,Dato'Haji Abdul Rahman bin Yeop,mantan Pengarah Pendidikan Sabah,Tuan Haji Ismail bin Long.Ramai rakan,saudara,mantan Guru Besar di Selangor dan Wilayah KL,bekas anak-anak murid,bekas guru dan guru-guru telah memberi penghormatan terakhir pada pagi 3 Syawal 1429 H.

Jenazahnya telah disolatkan dua kali,satu di rumah banglonya,setelah selesai dikafankan.Kemudian akan dibawa ke Masjid Taman Sekamat untuk di solatkan sekali lagi oleh jemaah solat Jumaat,selepas solatnya.Kemudian akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Sekamat.

Aku biasa dengan adinda allahyarham Muhamad Said,iaitu Wan Musa bin Mohd.Radzi.Tiada kelihatan pun beliau di situ.Tertanya dengan anak-anak saudaranya,jawab mereka Wan Musa tiada hadir ?? Anak-anak saudaranya ada seiras wajah Wan Musa.Sebab itu aku memberanikan tegur sapa di halaman rumah Allahyarham.
Amin...

No comments: