Lihat api pandai gonceng iri dan lelucon,
Tidak berani menolong untuk bersedia;
Kedai gunting di sini wujud puluhan tahun,
Kini sudah menjadi abu di jalan masjid India.
Pujaan berdendang mari menari,
Garis berkapur di atas tanah;
Raja udang bertenggek menanti rezeki,
Di belakang dapur restoran Jumnah.

Gagak bersarang atas bangunan,
Teguh dianyam penyangkut besi;
Gagak menyerang ke dapur restoran,
Sungguh berani kerana mencari rezeki.

Padang berpesta burung bersama,
Manusia jahat menghadang jalanan;
Simpang bahaya jalan utama,
Kerana hajat menjimat perjalanan.

Besi berkarat jangan diganding,
Jadi pemanggang hidangan beraya;
Badan berat jatuh terguling,
Pinggangnya cedera tidak berdaya.
Gagak bersarang atas bangunan,
Teguh dianyam penyangkut besi;
Gagak menyerang ke dapur restoran,
Sungguh berani kerana mencari rezeki.
Padang berpesta burung bersama,
Manusia jahat menghadang jalanan;
Simpang bahaya jalan utama,
Kerana hajat menjimat perjalanan.
Besi berkarat jangan diganding,
Jadi pemanggang hidangan beraya;
Badan berat jatuh terguling,
Pinggangnya cedera tidak berdaya.

No comments:
Post a Comment