Dia seorang seniman jalanan
berbekalkan rebana dia mendendangkan
irama dari pantun,seloka,teromba dan gurindam
dari akar melayu dia tidak hakiskan
terus mengalunkan irama ciptaannya
Iramanya kadangkala keras dan lembut
menglipurkan kisah di masa kini
masyarakat yang runtuh jiwa dan akal budi,
lupa diri dan lupa anak isteri
dalam mengejar nafsu berahi,
godaan dari manis bergincu merah.
Alunan terus rancak bila ramai manusia bergerak
di hadapannya
dia peka manusia ada bersamanya
kerana dendangan terus mengusik telinga mereka.
Aku hanya seorang penghibur jalanan
tetapi masih ada orang lalu yang kasihan.

No comments:
Post a Comment